Leave your footprint here :)

Monday, March 16, 2009

Mesyuarat PIBG dan Sambutan Maulidur Rasul



Mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mac 2009. Banyak isu panas dan suam telah dibangkitkan sepanjang mesyuarat itu berlangsung. Di samping itu perlantikan AJK baru turut dibuat. Apa yang menarik, AJK lama kesemuanya dikekalkan di dalam jawatan yang baru. Diharapkan agar kesemua AJK yang telah dilantik semula ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi pada tahun ini. Cabutan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.


Hadiah untuk Cabutan Bertuah.


AJK Makanan yang sibuk membungkus makanan.


AJK Baru yang dilantik dari barisan AJK Lama.

Hari Khamis, hari terakhir sekolah pula diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Seperti biasa Panitia Agama dan juga PIBG turut serta dalam menjayakan aktiviti tahunan sekolah ini. Meriah memang meriah, apatah lagi PIBG turut mengembeling tenaga untuk menjayakan aktiviti sekolah yang boleh dikira sebagai acara wajib tahunan. Murid-murid turut berasa gembira kerana dapat turut serta dalam setiap acara yang disediakan.
Acara dimulakan dengan Read and Memorize the Vocab, Zikir Munajat. Kemudian diikuti dengan mesyuarat pendek di waktu pagi di mana guru besar telah mengumumkan guru-guru yang mendapat Anugerah Cemerlang dalam Perkhidmatan pada tahun 2008. Mereka yang bertuah ialah Puan Noreha, Tuan Haji Ahmad Sobri dan juga Encik Fauzi Sambang. Semoga dengan anugerah yang diterima akan memberikan semangat kepada mereka untuk usaha dengan lebih cemerlang lagi. Acara yang berikut pula ialah acara berarak di sekitar kampung Pulau Maharaja dan kembali ke sekolah. Di surau Pulau Maharaja pula jamuan ringkas telah disediakan oleh PIBG dan penduduk kampung dalam meraikan kedatangan kanak-kanak sekolah ini. Terima kasih dari kami.
Sebaik sahaja kanak-kanak tiba di sekolah. Acara mewarna diadakan bagi tahap 1 dan tahap 2 pula disajikan dengan kuiz-kuiz bagi menguji kecerdasan mereka.


Mula untuk berarak.


Jamuan ringkas di Kampung Pulau Maharaja.


Murid Prasekolah yang sudah letih berarak... duduk berehat.


Tekun mendengar kuiz kerana ingin merebut hadiah lumayan!


Guru APC tahun ini- Teacher Sobri dan Teacher Noreha


Staff cemerlang tahun ni.. Encik Fauzi Sambang. Pakar dalam segala hal! Congrats!

Sekian sahaja buletin untuk minggu ini. Sehingga bertemu lagi di hari yang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin