Leave your footprint here :)

Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts
Showing posts with label aktiviti sekolah. Show all posts

Friday, April 8, 2011

MTQ dan Spelling Day 2011

Pada minggu yang lalu, berakhirlah MTQ Peringkat Daerah dan wakil dari SKPP iaitu Adik Mashitoh dari Tahun 5 Mawar telah berjaya menjadi Johan dalam acara yang diambilnya. Tahniah kepada Adik Mashitoh.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Adik Mashitoh.

Pada hari Rabu yang lalu pula, 6 April 2011, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menganjurkan Spelling Day secara serentak bagi memasukkan nama dalam Malaysia Book of Record. Spelling Day ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tahun 4-6. Para pemenang akan mendapat hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah. Lima peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili sekolah bagi Spelling Day untuk peringkat daerah pula.


Semoga sukses!

Wednesday, March 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Seperti biasa, apabila tibanya hari yang bersejarah ini, pihak sekolah pun turut sama menjayakankannya. Dengan kerjasama yang cukup padu dari guru-guru, staff dan juga PIBG, maka terlaksanalah program Sambutan Maulidur Rasul.

Sejak awal lagi, murid-murid telah dikumpulkan di dewan untuk mendengar taklimat dari Cikgu Mat dan juga Ustaz Zakaria. Kemudian, acara perarakan pun bermula.





Selepas mendengar taklimat, murid disusun mengikut kelas, dan kanak-kanak prasekolah dipasangkan bersama murid-murid Tahun 6.

Ni geng cikgu Prasekolah yang masih sempat nak enterprem..hohoho..


Perarakan pun bermula....

Sebelum naik ke atas jejambat untuk melintasi jalan ke masjid baru yang berdekatan. Dalam gambar terdapat dua orang guru baru -- Pn Rozita dan Cik Munirah. Sila berkenalan... hehe

Yang jadi kepala ialah Ustaz Zakaria dan juga Cikgu Mat. Hmm...

Cikgu Mat memberi penerangan tentang program Maulidur Rasul.

Program diteruskan dengan Pertandingan Hafazan dan juga Laungan Azan di dewan SKPP. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan program secara langsung dan tidak langsung.




Wednesday, February 10, 2010

Sukan Ditangguhkan!

Dukacita dimaklumkan Kejohanan Padang dan Balapan yang dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Cina telah ditangguhkan pada bulan Jun nanti. Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, segala aktiviti latihan rumah yang diadakan 2 kali seminggu pada setiap rumah akan ditukarkan kepada sekali seminggu pada setiap rumah.
Semoga dengan penangguhan ini akan memberikan peluang yang lebih baik kepada semua guru-guru untuk melatih pelajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Ada brani? Hehe

Sunday, July 19, 2009

Bulan Kecergasan SK Padang Perahu

Hari ni merupakan hari bersenam seni bersama seluruh warga sekolah. Acara yang dimulakan pada jam 8.00 dan berakhir pada jam 9.00 pagi. Pihak sekolah telah menjemput Cik Nursyahidah Syakila selaku jurulatih untuk senam seni pada hari ini.


Cikgu Mat Said selaku pengacara majlis pada hari ini.


Guru-guru pelatih selaku pembantu jurulatih...


Gelek jangan tak gelek... Ronggeng pon boleh..


Barisan tiga jurulatih yang dah letih ....



Murid-murid yang begitu gembira untuk memulakan senam seni...

Saya cuba hendak memuat turun gambar-gambar sempena HAC malangnya komputer riba saya pula mengalami masalah. Kepada sesiapa yang ada facebook, bolehlah menikmati gambar-gambar yang tak seberapa keping tu di dalam facebook saya!

Sunday, May 3, 2009

Perkhemahan Perdana 2009 SK Padang Perahu

Bertemu kembali.
Kali ini Buletin SKPP ingin menyampaikan pula kisah Perkhemahan Perdana yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di perkarangan sekolah SK Padang Perahu. Murid yang terlibat adalah di kalangan murid-murid Tahap Dua. Program bermula dari hari Khamis 16 April 2009 dan berakhir pada 18 April 2009. Terdapat pelbagai acara yang disediakan antaranya, pertandingan memasak antara unit, pertandingan membuat gajet, pertandingan berkawad dan pelbagai lagi. Acara semua diadakan dalam masa 3 hari. Pada hari terakhir diadakan ceramah tentang bantuan kecemasan yang disampaikan oleh sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Kubang Pasu.
Acara penutup telah dirasmikan oleh Ketua Bahagian Ko-Kurikulum di Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu. Program perkhemahan berakhir pada jam 12 tengahari.


Guru Besar antara juri untuk pertandingan memasak.


Ahli PBSM sibuk membuat gajet.


Para guru menyediakan makanan untuk ahli-ahli unit beruniform.

Acara barbeku di waktu malam.


Gajet yang terus digunapakai..


Ahli Puteri Islam yang membuat persembahan sempena Malam Kebudayaan.


Antara yang keletihan dan tertidur semasa Malam Kebudayaan.


Pertandingan berkawad.


Sesi ceramah oleh sukarelawan PBSM Daerah Kubang Pasu.


Acara penutup dan majlis penyampaian hadiah.

Monday, March 16, 2009

Mesyuarat PIBG dan Sambutan Maulidur Rasul



Mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mac 2009. Banyak isu panas dan suam telah dibangkitkan sepanjang mesyuarat itu berlangsung. Di samping itu perlantikan AJK baru turut dibuat. Apa yang menarik, AJK lama kesemuanya dikekalkan di dalam jawatan yang baru. Diharapkan agar kesemua AJK yang telah dilantik semula ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi pada tahun ini. Cabutan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.


Hadiah untuk Cabutan Bertuah.


AJK Makanan yang sibuk membungkus makanan.


AJK Baru yang dilantik dari barisan AJK Lama.

Hari Khamis, hari terakhir sekolah pula diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Seperti biasa Panitia Agama dan juga PIBG turut serta dalam menjayakan aktiviti tahunan sekolah ini. Meriah memang meriah, apatah lagi PIBG turut mengembeling tenaga untuk menjayakan aktiviti sekolah yang boleh dikira sebagai acara wajib tahunan. Murid-murid turut berasa gembira kerana dapat turut serta dalam setiap acara yang disediakan.
Acara dimulakan dengan Read and Memorize the Vocab, Zikir Munajat. Kemudian diikuti dengan mesyuarat pendek di waktu pagi di mana guru besar telah mengumumkan guru-guru yang mendapat Anugerah Cemerlang dalam Perkhidmatan pada tahun 2008. Mereka yang bertuah ialah Puan Noreha, Tuan Haji Ahmad Sobri dan juga Encik Fauzi Sambang. Semoga dengan anugerah yang diterima akan memberikan semangat kepada mereka untuk usaha dengan lebih cemerlang lagi. Acara yang berikut pula ialah acara berarak di sekitar kampung Pulau Maharaja dan kembali ke sekolah. Di surau Pulau Maharaja pula jamuan ringkas telah disediakan oleh PIBG dan penduduk kampung dalam meraikan kedatangan kanak-kanak sekolah ini. Terima kasih dari kami.
Sebaik sahaja kanak-kanak tiba di sekolah. Acara mewarna diadakan bagi tahap 1 dan tahap 2 pula disajikan dengan kuiz-kuiz bagi menguji kecerdasan mereka.


Mula untuk berarak.


Jamuan ringkas di Kampung Pulau Maharaja.


Murid Prasekolah yang sudah letih berarak... duduk berehat.


Tekun mendengar kuiz kerana ingin merebut hadiah lumayan!


Guru APC tahun ini- Teacher Sobri dan Teacher Noreha


Staff cemerlang tahun ni.. Encik Fauzi Sambang. Pakar dalam segala hal! Congrats!

Sekian sahaja buletin untuk minggu ini. Sehingga bertemu lagi di hari yang lain.

Sunday, February 8, 2009

Sorotan Januari

Bulan Januari 2oo9 telah melabuhkan tirai menandakan kita telah masuk bulan yang kedua dalam tahun ini. Dalam masa sebulan, ada beberapa aktiviti yang sempat dilaksanakan. Antaranya ialah, pengemaskinian perpustakaan yang diketuai oleh Puan Nurul Hidayah dan AJK di bawahnya. Selain daripada itu, sukantara dan juga persiapan untuk menghadapi kejohanan olahraga sekolah sedang sibuk dilaksanakan. SKPP sangat beruntung kerana mempunyai tenaga kerja yang komited dan cintakan sekolah. Ini membuatkan segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar.


Puan Nurul selaku ketua dalam menggerak ahli-ahlinya membuat facelift pada perpustakaan ini.


Komitmen yang tinggi dalam penambahbaikan wajah perpustakaan SKPP. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat.


Ini pula adalah majlis perhimpunan di mana murid-murid yang terpilih mendapat uniform persatuan.


Bersiap sedia untuk melakukan acara merentas desa.


Keesokkan petangnya, kena datang sekolah pula kerana mahu menjalankan acara Sukantara bagi memungut mata apabila tibanya hari kejohanan.

Begitulah sedikit sebanyak yang banyak warta yang dapat dimuatkan dalam post kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Salam hormat!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin