Leave your footprint here :)

Monday, September 20, 2010

Selamat Menjawab Peperiksaan UPSR!

Selamat menjawab peperiksaan UPSR kepada semua warga SK Padang Perahu tahun ini. Diharapkan agar anda dapat menjawab soalan dengan tenang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua!

SKPP Pasti Boleh!!!

Wednesday, February 10, 2010

Sukan Ditangguhkan!

Dukacita dimaklumkan Kejohanan Padang dan Balapan yang dijadualkan berlangsung selepas Hari Raya Cina telah ditangguhkan pada bulan Jun nanti. Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian, segala aktiviti latihan rumah yang diadakan 2 kali seminggu pada setiap rumah akan ditukarkan kepada sekali seminggu pada setiap rumah.
Semoga dengan penangguhan ini akan memberikan peluang yang lebih baik kepada semua guru-guru untuk melatih pelajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Ada brani? Hehe

Thursday, January 28, 2010

Mencari Alumni

Bersempena dengan genapnya usia Sekolah Kebangsaan Padang Perahu yang ke seratus tahun pada tahun 2011, maka dengan ini, pihak sekolah ingin mencari seramai mungkin bekas-bekas pelajar SK Padang Perahu bagi menjayakan program-program yang berkaitan dengan sambutan ini.

Oleh yang demikian, diharapkan agar semua bekas-bekas pelajar SK Padang Perahu dapat memberikan maklumat terkini anda dan pihak kami akan memberi maklumbalas selanjutnya kemudian.

Sila emailkan segala butiran anda seperti:

Nama
Pekerjaan
Tarikh mula dan tamat sekolah
Alamat terkini

Sekian, terima kasih!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin