Leave your footprint here :)

Thursday, April 14, 2011

Majlis Perpisahan

Majlis Perpisahan diadakan pada hari Rabu yang lepas bagi meraikan perpindahan Cikgu Haji Mohd Akhir yang kini berkhidmat di SK Batu Lapan dan juga Cikgu Zainudin Aziz yang sedang bergembira di SK Padang Pekan.

Majlis bermula jam 3 petang dan berakhir pada jam 5. Ramai juga yang hadir dan tidak lupa juga guru-guru praktikum yang turut sama memeriahkan majlis.

Semoga mereka berdua akan terus berkhidmat dengan cemerlang di sekolah baru.

Ketibaan YB Tuan Haji Mohd Akhir.. ececece

Orang yang turut dirai -- Cikgu Zainudin Aziz..

Dah habis makan, terus terdiam sepi..hahaha

Terima kasih buat semua yang sudi meluangkan masa bersama untuk meraikan mereka-mereka yang telah berjaya pindah.

Aisey..bila pula turn saya T_T.

Friday, April 8, 2011

MTQ dan Spelling Day 2011

Pada minggu yang lalu, berakhirlah MTQ Peringkat Daerah dan wakil dari SKPP iaitu Adik Mashitoh dari Tahun 5 Mawar telah berjaya menjadi Johan dalam acara yang diambilnya. Tahniah kepada Adik Mashitoh.

Guru Besar menyampaikan hadiah kepada Adik Mashitoh.

Pada hari Rabu yang lalu pula, 6 April 2011, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah menganjurkan Spelling Day secara serentak bagi memasukkan nama dalam Malaysia Book of Record. Spelling Day ini telah disertai oleh pelajar-pelajar tahun 4-6. Para pemenang akan mendapat hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah. Lima peserta terbaik akan dipilih untuk mewakili sekolah bagi Spelling Day untuk peringkat daerah pula.


Semoga sukses!

Monday, March 14, 2011

Library Make Over

Sudah beberapa tahun pusat sumber ini tidak diberi nafas baru. Jadi kali ini, berbekalkan dengan bajet yang ada, maka pusat sumber telah pun memulakan langkah baru untuk menampilkan wajah baru. Oleh itu, sumbangan tenaga amatlah diperlukan buat masa ini. Kalau nak harapkan kudrat guru dan murid yang comel-comel ini, rasanya tak terdaya. Tapi apakan daya, akan diusahakan sehingga jaya.. (rhyming tak hengat) hehehe..

Rak yang telah dikosongkan dan dilabelkan.

Buku-buku di rak telah dipindahkan ke sini sementara operasi mengecat dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan. Hohoho

Antara pustakawan yang teruja mengecat dinding luar.

Dan juga guru serta staff sekolah yang turut serta mengambil bahagian dalam proses mencantikkan pusat sumber.

Masih lagi dalam pembikinan, sepanjang cuti sekolah..insyaAllah :)

Canteen Makeover

SK Padang Perahu sangat bertuah pada kali ini kerana geng Politek dari Perlis telah memilih kantin SK Padang sebagai projek make over mereka. Program ini telah berjalan dengan jayanya dengan kerjasama dari pelbagai pihak dan juga agensi kerajaan mahupun swasta. Sudah tentu kantin sekolah kini bertambah ceria dengan penambahbaikan dari pihak adik-adik Politeknik ini. Diharapkan dengan adanya projek sebegini, maka ukhuwah antara sekolah dan pihak luar akan menjadi lebih baik di masa hadapan.


Timbalan PPD turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis perasmian.

Antara bahan-bahan kitar semula yang dikumpul oleh pelajar.

Ceramah tentang kepentingan Kitar Semula. Teruja pula bila mendengarkan bahawa beliau pernah mengumpulkan lebih kurang seratus ringgit sehari hasil dari kutipan bahan kitar semula di padang bola setelah tamat perlawanan bolasepak.

Makanan yang dihidangkan oleh pelajar Politeknik untuk para guru dan staff. Sungguh menyelerakan dan tip top!!!!

Thanks to all students for all your hard work. Please come again next year..hehehe

Wednesday, March 2, 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Seperti biasa, apabila tibanya hari yang bersejarah ini, pihak sekolah pun turut sama menjayakankannya. Dengan kerjasama yang cukup padu dari guru-guru, staff dan juga PIBG, maka terlaksanalah program Sambutan Maulidur Rasul.

Sejak awal lagi, murid-murid telah dikumpulkan di dewan untuk mendengar taklimat dari Cikgu Mat dan juga Ustaz Zakaria. Kemudian, acara perarakan pun bermula.





Selepas mendengar taklimat, murid disusun mengikut kelas, dan kanak-kanak prasekolah dipasangkan bersama murid-murid Tahun 6.

Ni geng cikgu Prasekolah yang masih sempat nak enterprem..hohoho..


Perarakan pun bermula....

Sebelum naik ke atas jejambat untuk melintasi jalan ke masjid baru yang berdekatan. Dalam gambar terdapat dua orang guru baru -- Pn Rozita dan Cik Munirah. Sila berkenalan... hehe

Yang jadi kepala ialah Ustaz Zakaria dan juga Cikgu Mat. Hmm...

Cikgu Mat memberi penerangan tentang program Maulidur Rasul.

Program diteruskan dengan Pertandingan Hafazan dan juga Laungan Azan di dewan SKPP. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menjayakan program secara langsung dan tidak langsung.




Cerita Awal Tahun

Sekarang ni dah masuk bulan 3. Haha.. hampir terlupa nak update cerita tentang SKPP. Kekurangan masa, sebab saya baru saja menghabiskan first degree, jadi memang la busy during the final year. Nasib baik lepas jugak. Huhu. Bila dah lama tak mengupdate tu, mulalah penyakit M.A.L.A.S menyerang. Tapi kesian pula la kan pada pengunjung yang nak tau berita terkini. So, ini cerita awal tahun.

Perjalanan pada awal tahun, alhamdullilah berjalan dengan lancar. Seperti biasa hari pertama persekolahan PnP berjalan seperti biasa. Kutipan yuran juga berjalan walaupun tidak berapa lancar. Pihak sekolah memang sentiasa menaruh harapan agar yuran dapat dilangsaikan dengan secepat mungkin bukan hendak tunggu hujung tahun baru nak bayar yuran. Kalau tidak dapat bayar secara penuh, boleh juga bayar secara ansuran kerana sesungguhnya guru-guru di SKPP sangat-sangat menghargai keprihatinan anda terhadap anak-anak anda.

Dan seperti biasa, pada awal tahun, pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber turut dilaksanakan. Ini bagi membolehkan mereka terus menjalankan tanggungjawab dengan penuh cemerlang dan dedikasi. Muka-muka baru juga dilantik bagi memenuhi kuota bekas-bekas pengawas yang telah berpindah ke Tingkatan 1.

Diharapkan agar mereka yang dilantik akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Jangan hanya bangga pada pakaian berwarna tetapi tanggungjawab langsung tiada.




Kepada semua yang dilantik, tahniah dan selamat bertugas!

Oh, sudah bersawang rupanya!

Sudah lama tidak disinggah di blog ini. Maklumlah, kesibukan masa yang membuatkan saya no time nak update blog kat sini. Asyik update personal blog saja. Hehehe.. Apa pun, ada banyak berita terbaru kat sekolah ni. I will update about it later on ye.

Stay tuned!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin