Leave your footprint here :)

Wednesday, November 18, 2009

Budaya Tutup Sekolah

Apabila tibanya hujung tahun, maka pelbagai aktiviti disediakan bagi mengelakkan kejadian ponteng. Dalam minggu akhir persekolahan, ada beberapa aktiviti yang dilakukan sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2009. Antaranya ialah proses pemulangan dan pengambilan buku teks dan juga penyerahan rekod profil pelajar dalam Program Bertemu Waris.
Program Bertemu Waris diadakan pada hari Isnin yang lalu dan tumpuan diberikan kepada para waris murid tahun 5 kerana mereka merupakan bakal-bakal calon UPSR 2010.


Baki murid yang tinggal semasa proses penyerahan buku rekod profil pelajar!

Seterusnya adalah program makan-makan bersama murid atau dalam erti kata lainnya, acara Jamuan Perpisahan untuk setiap kelas. Pada tahun ini, guru-guru Tahap 1 telah bergabung tenaga untuk mengadakan jamuan secara besar-besaran. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru-guru Tahap 1 yang sedia ada selain dapat menjadikan acara menjadi lebih meriah!


Bekerjasama untuk membuat rojak yang sangat sedap!


Murid-murid duduk di atas tikar sementara menunggu makanan yang dipesan tiba.

Pada hari ini pula, penyerahan kerja rumah semasa cuti diadakan. Penyerahan ini dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran terus berlaku semasa mereka berada di rumah. Cuti bukan beerti tidak belajar dan cuti bukan beerti berehat sahaja di rumah. Peranan ibu bapa amatlah diharapkan semasa proses pembelajaran di rumah ini dilaksanakan.


Koleksi kerja rumah yang diberikan kepada pelajar.



Guru-guru sedang sibuk membahagikan kerja rumah dan memberi arahan kepada pelajar.

Selain daripada itu, proses pemindahan kelas turut dilakukan pada hari ini. Murid-murid yang berada di kelas Tahun 1 akan berpindah ke kelas Tahun 2. Selain daripada itu, murid cemerlang yang berada di kelas belakang, akan berpeluang untuk berada di kelas yang hadapan. Prestasi mereka akan turut dipantau dari masa ke semasa.

Untuk hari esok, operasi mengemas kelas akan dilakukan dan penyusunan kerusi dan meja turut akan dilakukan.

Hari terakhir persekolahan memang memenatkan!

Selamat bercuti buat semua pelajar SK Padang Perahu!

Entry tertangguh...

Banyak sungguh hutang saya pada blog ini. Asalnya mahu buat sekadar suka-suka sahaja, tapi akhirnya menjadi satu tanggungjawab apabila orang mula bertanya..

"Eh, blog sekolah u tak update lagi eh?"
"Lama dah noo u tak update blog!"

Alasan yang biasa saya berikan...

"Busy sikit lah.. nanti la ada masa I update.."

Apabila sudah ditegur, maka hendak tidak hendak terpaksalah saya update. Dan berikut adalah cerita ceriti yang saya kumpulkan sejak berbulan lamanya sebelum saya publishkan di sini! Hehe.. Maaf la ye buat semua peminat blog sekolah saya ini. Maklumla, dah nama pun blog sekolah, pastinya tidak boleh menulis sembarangan, takut nanti tersalah kata, terlanjur bicara, buruk padahnya.. (amboi...pandai pula bermadah! hehe)

Antara peristiwa penting semasa blog ini dalam silent mode ialah Kem Membaca 1 Malaysia. Ianya dilancarkan bagi menggalakkan murid-murid membaca. Ini adalah kerana kebanyakkan rakyat Malaysia tidak suka membaca. Bagi menanam minat membaca ke dalam jiwa kanak-kanak, maka kem ini dilaksanakan.




Gimik menandatangani buku besar sebagai mulanya Kem Membaca 1 Malaysia.


Mencari bahan dari suratkhabar untuk projek membuat buku skrap.


Acara penutup : Lakonan semula tentang pentingnya membaca dalam membentuk kehidupan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin