Leave your footprint here :)

Wednesday, February 18, 2009

Rombongan Sekolah ke Cameron Highland, Melaka dan Nilai


Ladang Teh yang saujana mata memandang.

Sesudah tamatnya Hari Kejohanan Olahraga Tahunan SKPP, warga SKPP berasa sangat bertuah kerana telah mendapat tajaan dari YB Dato' Kapten Zabidi dan juga YB Dato' Seri Wira Ali Rustam untuk mengikuti rombongan ke Cameron Highland, Melaka dan juga Nilai.

Perjalanan yang bermula pada jam 9.30 malam itu telah disertai oleh guru-guru, staf sokongan serta 2 orang AJK PIBG SKPP. Perjalanan pertama ialah ke Cameron Highland. Kami tiba di sana pada jam 4.30 pagi. Suasana di sekitar itu sangat dingin dan sejuk. Cadangan asal kami ke sini ialah untuk melawat sekolah orang asli yang dinamakan SK Pos Brooke. Malangnya perancangan kami tergendala disebabkan tanah runtuh di kawasan itu dan bas dilarang sama sekali untuk melalui tempat tersebut. Kami berasa sangat dukacita kerana tidak dapat membuat lawatan ke sekolah yang unik itu. Semoga dapat berjumpa di lain kali. Berikut ialah paparan bergambar sepanjang lawatan kami ke tempat-tempat berikut.

Hari 1 - Cameron Highland

Antara tempat yang dilawati.


Membeli kaktus di sini memang murah dan berpatutan.


Antara kaktus yang ada.


Majlis keraian staf yang turut diadakan di sini sempena merai guru yang berpindah ke sekolah lain dan guru yang baru masuk ke sekolah ini.

Hari 2 - Melaka

Hari berikutnya kami berada di Melaka untuk lawatan serta latihan dalam perkhidmatan yang dikelolakan oleh Ustaz Che Pa selaku kaunselor SK Padang Perahu. Latihan yang diberi nama menghilangkan stress kerja sangat menarik dan rata-rata kesemua peserta sangat aktif dalam apa jua aktiviti yang dilancarkan.


Tempat penginapan yang ditaja oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Wira Ali Rustam.


Di hadapan Stadhuys.


Di Pusat Pengeluaran Makanan Tan Cheng Lock. Macam-macam adaa....

Puan Guru Besar bersama Che Hasnah dan Shima di dalam Eye on Malaysia


Di perkarangan Eye on Malaysia


Kawasan Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka


Selepas makan tengahari di rumah saya.. :)


Cikgu Nasir dan kaunselor Che Pa teruja menaiki bot di waktu malam.


Menaiki bot di waktu malam adalah lebih baik kerana pemandangannya lebih menarik.


PK 1 berkongsi cerita tentang kehidupan raja yang selalu berkata GOOD. Sangat menarik cerita ni untuk didengar dan dihebahkan kepada orang lain. :)

Hari 3 - Nilai dan Ikea
Malangnya gambar tidak dapat disertakan ke sini kerana pada waktu ini, bateri kamera saya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Ditambah pula dengan kesibukan saya dan teman-teman membeli belah dengan penuh perasaan. Hehe.. Maaf ye

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk kepada blog saya.

Apa pun kenangan bersama rombongan sekolah pada kali ini sangat-sangat menarik dan menghiburkan. Semua yang dilalui bersama adalah amat berharga dan kami berharap agar di lain kali program seperti ini dapat diadakan lagi. Ini adalah kerana, secara tidak langsung hubungan antara guru-pentadbir-staf dan PIBG bertambah erat dan kukuh.

Sekian, salam ukhuwah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin