Bendang D'Kelubi mengalu-alukan kedatangan anda!
Kelmarin diadakan Majlis Perpisahan untuk Ustaz Asri yang telah berpindah ke SK Air Hitam dan juga guru-guru praktikum yang akan menamatkan sesi praktikum mereka sebelum menjelangnya Hari Raya. Majlis ini turut diadakan bersempena dengan sambutan menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Majlis dimulakan pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 4 petang. Antara menu makanan yang disediakan termasuklah ikan siakap yang distim, sambal belacan, telur dadar, masak sayur (tak ingat namanya..hehe)
Kumpulan guru lelaki yang begitu berselera menikmati juadah makanan.
Ustaz Asri yang terharu menerima hadiah dari pihak Badan Kebajikan Staff.
Ustaz Asri memberi ucapan.
Kak Nah dan Kak Shima bergaya di hadapan Restoran Bendang D'Kelubi. So, Kak Nah.. you boleh save gambar dari sini ye...hehe.
No comments:
Post a Comment