Leave your footprint here :)

Wednesday, February 18, 2009

Rombongan Sekolah ke Cameron Highland, Melaka dan Nilai


Ladang Teh yang saujana mata memandang.

Sesudah tamatnya Hari Kejohanan Olahraga Tahunan SKPP, warga SKPP berasa sangat bertuah kerana telah mendapat tajaan dari YB Dato' Kapten Zabidi dan juga YB Dato' Seri Wira Ali Rustam untuk mengikuti rombongan ke Cameron Highland, Melaka dan juga Nilai.

Perjalanan yang bermula pada jam 9.30 malam itu telah disertai oleh guru-guru, staf sokongan serta 2 orang AJK PIBG SKPP. Perjalanan pertama ialah ke Cameron Highland. Kami tiba di sana pada jam 4.30 pagi. Suasana di sekitar itu sangat dingin dan sejuk. Cadangan asal kami ke sini ialah untuk melawat sekolah orang asli yang dinamakan SK Pos Brooke. Malangnya perancangan kami tergendala disebabkan tanah runtuh di kawasan itu dan bas dilarang sama sekali untuk melalui tempat tersebut. Kami berasa sangat dukacita kerana tidak dapat membuat lawatan ke sekolah yang unik itu. Semoga dapat berjumpa di lain kali. Berikut ialah paparan bergambar sepanjang lawatan kami ke tempat-tempat berikut.

Hari 1 - Cameron Highland

Antara tempat yang dilawati.


Membeli kaktus di sini memang murah dan berpatutan.


Antara kaktus yang ada.


Majlis keraian staf yang turut diadakan di sini sempena merai guru yang berpindah ke sekolah lain dan guru yang baru masuk ke sekolah ini.

Hari 2 - Melaka

Hari berikutnya kami berada di Melaka untuk lawatan serta latihan dalam perkhidmatan yang dikelolakan oleh Ustaz Che Pa selaku kaunselor SK Padang Perahu. Latihan yang diberi nama menghilangkan stress kerja sangat menarik dan rata-rata kesemua peserta sangat aktif dalam apa jua aktiviti yang dilancarkan.


Tempat penginapan yang ditaja oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Wira Ali Rustam.


Di hadapan Stadhuys.


Di Pusat Pengeluaran Makanan Tan Cheng Lock. Macam-macam adaa....

Puan Guru Besar bersama Che Hasnah dan Shima di dalam Eye on Malaysia


Di perkarangan Eye on Malaysia


Kawasan Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka


Selepas makan tengahari di rumah saya.. :)


Cikgu Nasir dan kaunselor Che Pa teruja menaiki bot di waktu malam.


Menaiki bot di waktu malam adalah lebih baik kerana pemandangannya lebih menarik.


PK 1 berkongsi cerita tentang kehidupan raja yang selalu berkata GOOD. Sangat menarik cerita ni untuk didengar dan dihebahkan kepada orang lain. :)

Hari 3 - Nilai dan Ikea
Malangnya gambar tidak dapat disertakan ke sini kerana pada waktu ini, bateri kamera saya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Ditambah pula dengan kesibukan saya dan teman-teman membeli belah dengan penuh perasaan. Hehe.. Maaf ye

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk kepada blog saya.

Apa pun kenangan bersama rombongan sekolah pada kali ini sangat-sangat menarik dan menghiburkan. Semua yang dilalui bersama adalah amat berharga dan kami berharap agar di lain kali program seperti ini dapat diadakan lagi. Ini adalah kerana, secara tidak langsung hubungan antara guru-pentadbir-staf dan PIBG bertambah erat dan kukuh.

Sekian, salam ukhuwah.

Tuesday, February 10, 2009

Sukantara SKPP 2009


Pada sepanjang minggu ini, SKPP begitu sibuk dengan aktiviti sukantara yang diadakan di sebelah petang. Hampir kesemua acara dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan. Selebihnya terpaksalah kami mencuri masa di waktu pagi. Hehehe...

Keputusan terkini : Rumah Biru masih lagi berada di hadapan, diikuti dengan Rumah Kuning, Merah dan Hijau.

Masih ada banyak masa lagi untuk menambah mata memandangkan kebanyakkan acara akhir seperti lari 100m, 200m, 4x100m dan lain-lain lagi akan diadakan pada hari Rabu iaitu pada 11 Februari 2008. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah hadir pada hari esok bertempat di Padang Sekolah SK Padang Perahu bermula jam 2.30 petang sehingga acara tamat.

Salam sukan buat semua!

Monday, February 9, 2009

Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Februari yang lalu. Di sini semua murid yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dilantik sebagai pengawas bagi membantu guru dan pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti serta membantu mengawal disiplin pelajar yang lain. Tahniah kepada yang terpilih.


Menunggu giliran.


Menerima sijil. Murid lelaki di hadapan itu sebenarnya didenda kerana bercakap semasa nyanyian lagu Negaraku.


Pengawas Pusat Sumber yang segak berbaju ungu.


Upacara mengangkat sumpah menjalankan tugas.


Kelihatan para guru yang sabar menunggu upacara ini tamat.

Tahniah kepada semua murid yang terpilih terutama sekali yang baru dilantik. Diharapkan agar mereka ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

Sunday, February 8, 2009

Sorotan Januari

Bulan Januari 2oo9 telah melabuhkan tirai menandakan kita telah masuk bulan yang kedua dalam tahun ini. Dalam masa sebulan, ada beberapa aktiviti yang sempat dilaksanakan. Antaranya ialah, pengemaskinian perpustakaan yang diketuai oleh Puan Nurul Hidayah dan AJK di bawahnya. Selain daripada itu, sukantara dan juga persiapan untuk menghadapi kejohanan olahraga sekolah sedang sibuk dilaksanakan. SKPP sangat beruntung kerana mempunyai tenaga kerja yang komited dan cintakan sekolah. Ini membuatkan segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar.


Puan Nurul selaku ketua dalam menggerak ahli-ahlinya membuat facelift pada perpustakaan ini.


Komitmen yang tinggi dalam penambahbaikan wajah perpustakaan SKPP. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat.


Ini pula adalah majlis perhimpunan di mana murid-murid yang terpilih mendapat uniform persatuan.


Bersiap sedia untuk melakukan acara merentas desa.


Keesokkan petangnya, kena datang sekolah pula kerana mahu menjalankan acara Sukantara bagi memungut mata apabila tibanya hari kejohanan.

Begitulah sedikit sebanyak yang banyak warta yang dapat dimuatkan dalam post kali ini. Sehingga berjumpa lagi. Salam hormat!

Salam Kenalan!

Ini adalah percubaan kedua bagi menghasilkan blog tidak rasmi untuk Sekolah Kebangsaan Padang Perahu. Percubaan pertama telah berjaya, malangnya saya terlupa pulak kata laluannya. Untuk tidak menyukarkan lagi keadaan, maka, saya mengambil jalan mudah untuk membina satu lagi blog di bawah akaun saya. Jadi saya tidak perlu lagi mengingat kata laluan yang lain. Apa pun, selamat datang ke blog tidak rasmi SK Padang Perahu ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan segala maklumat yang dititipkan.

Sekian, selamat membaca.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin