Leave your footprint here :)

Monday, March 16, 2009

Mesyuarat PIBG dan Sambutan Maulidur Rasul



Mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan jayanya pada 11 Mac 2009. Banyak isu panas dan suam telah dibangkitkan sepanjang mesyuarat itu berlangsung. Di samping itu perlantikan AJK baru turut dibuat. Apa yang menarik, AJK lama kesemuanya dikekalkan di dalam jawatan yang baru. Diharapkan agar kesemua AJK yang telah dilantik semula ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi pada tahun ini. Cabutan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana.


Hadiah untuk Cabutan Bertuah.


AJK Makanan yang sibuk membungkus makanan.


AJK Baru yang dilantik dari barisan AJK Lama.

Hari Khamis, hari terakhir sekolah pula diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Seperti biasa Panitia Agama dan juga PIBG turut serta dalam menjayakan aktiviti tahunan sekolah ini. Meriah memang meriah, apatah lagi PIBG turut mengembeling tenaga untuk menjayakan aktiviti sekolah yang boleh dikira sebagai acara wajib tahunan. Murid-murid turut berasa gembira kerana dapat turut serta dalam setiap acara yang disediakan.
Acara dimulakan dengan Read and Memorize the Vocab, Zikir Munajat. Kemudian diikuti dengan mesyuarat pendek di waktu pagi di mana guru besar telah mengumumkan guru-guru yang mendapat Anugerah Cemerlang dalam Perkhidmatan pada tahun 2008. Mereka yang bertuah ialah Puan Noreha, Tuan Haji Ahmad Sobri dan juga Encik Fauzi Sambang. Semoga dengan anugerah yang diterima akan memberikan semangat kepada mereka untuk usaha dengan lebih cemerlang lagi. Acara yang berikut pula ialah acara berarak di sekitar kampung Pulau Maharaja dan kembali ke sekolah. Di surau Pulau Maharaja pula jamuan ringkas telah disediakan oleh PIBG dan penduduk kampung dalam meraikan kedatangan kanak-kanak sekolah ini. Terima kasih dari kami.
Sebaik sahaja kanak-kanak tiba di sekolah. Acara mewarna diadakan bagi tahap 1 dan tahap 2 pula disajikan dengan kuiz-kuiz bagi menguji kecerdasan mereka.


Mula untuk berarak.


Jamuan ringkas di Kampung Pulau Maharaja.


Murid Prasekolah yang sudah letih berarak... duduk berehat.


Tekun mendengar kuiz kerana ingin merebut hadiah lumayan!


Guru APC tahun ini- Teacher Sobri dan Teacher Noreha


Staff cemerlang tahun ni.. Encik Fauzi Sambang. Pakar dalam segala hal! Congrats!

Sekian sahaja buletin untuk minggu ini. Sehingga bertemu lagi di hari yang lain.

Monday, March 9, 2009

Buddy Support System - Sistem Bimbingan Taulan


Mr Lee selaku fasilitator pada hari tersebut.

Salam ukhuwah.

Seperti mana yang kita ketahui, semenjak pelaksanaan PPSMI, ramai rakan guru yang mengajar Sains dan Matematik mengalami kesukaran untuk mengajar serta bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, pihak kerajaan yang prihatin mengenai permasalahan ini telah memberikan insentif yang sewajarnya kepada guru-guru yang terlibat.
Bagi peringkat sekolah, diwajibkan kepada kesemua guru PPSMI yang tidak melepasi tahap pencapaian profisiensi bahasa Inggeris untuk menghadiri kelas Sistem Bimbingan Taulan atau lebih dikenali sebagai Buddy Support System. Kelas ini diadakan 4 jam bagi setiap bulan atau seminggu sekali bagi membantu guru-guru berkenaan menguasai bahasa Inggeris.
Kelas ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris di mana guru-guru bahasa Inggeris menjadi Buddy dan guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains menjadi Critical Friend. Dalam program ini, bantuan dalam bentuk ilmu diberikan kepada kesemua guru-guru yang terlibat bagi memantapkan pengetahuan mereka dalam bahasa Inggeris.
Micro-teaching, pembelajaran tentang tatabahasa amat ditekankan setiap kali perjumpaan diadakan. Selain daripada itu, guru-guru berkenaan digalakkan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
Kelas ini diadakan selepas waktu sekolah iaitu bermula dari jam 1.30 petang sehingga 2.30 petang. Sambutan pada kelas bimbingan ini amatlah menggalakkan kerana ianya bukan sahaja dihadiri oleh guru-guru yang terlibat tetapi juga staff sokongan sekolah dan juga para ustazah.
Jelasnya di sini, pengajaran akan menjadi lebih menarik dan berjaya sekiranya kesemua guru saling berganding bahu bagi memastikan program yang didukung oleh pihak kerajaan berjaya.


Antara guru-guru yang hadir.

Tahniah SKPP

Tahniah kepada anak-anak didik SK Padang Perahu yang telah berjaya merangkul beberapa pingat dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah baru-baru ini. SKPP berjaya merangkul 6 pingat emas dan beberapa pingat gangsa (tak ingat pula :p) Berita yang terkini, adik Nasri dan Fatehah telah berjaya mewakili daerah untuk ke peringkat negeri pula. Selamat berjaya!


Adik Nasri yang berjaya merangkul 3 pingat emas sekaligus melayakkan beliau menjadi Olahragawan Daerah.


Adik Fatehah yang menjadi juara lompat tinggi.


Adik Adam dengan pingat gangsa.


Cikgu-cikgu lelaki kini terpaksa duduk di barisan hadapan setelah cikgu-cikgu memberontak untuk duduk di barisan belakang pula.. Hehehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin